Thursday, April 25, 2024

Warung Harum Manis Kg Hutan Temin, Mata Ayer

Warung Harum Manis Kg Hutan Temin, Mata Ayer berada di dalam kebun mangga harum manis yang diusahakan oleh En Hanan dan isteri. Pelanggan dapat menikmati juadah yang disediakan yang terdiri daripada menu utama, pulut harum manis, jus mangga harum manis dan juadah lain seperti nasi lemak, dll.

Pengunjung juga dapat bersiar-siar di laman kebun dan melihat-lihat pokok mangga Harum Manis. Lokasinya hanya beberapa langkah dari KTH Homestay & Chalet. 

Sunday, April 14, 2024

Menyantuni tetamu dari St Petersburg, Persekutuan Russia

Terima kasih kepada Mr Seraphim dan isteri, Pn Olesya dari St Petersburg, Russia yang singgah ke chalet kami untuk merasai suasana Ramadhan di Perlis dikelilingi oleh masyarakat muslim. Memang diakui agak sukar untuk mereka mencari restoren yang buka di siang hari, namun mereka sudah terbiasa untuk mendapatkan makanan dari kedai runcit dan kedai 7 Eleven berdekatan. Pada petangnya, mereka dapat shopping sakan di Bazar Ramadhan.

pihka homestay juga membawa mereka ke kebun mangga Harum Manis berdekatan sempena musim mangga Harum Manis dan mereka juga dapat merasai pengalamam mengait kelapa dan minum air kelapa muda dari kebun kelapa berdekatan. Berikut adalah gambar2 yang sempat diambil daripada aktiviti pelancong Russia ini di Perlis sempena Ramadhan.


Bergambar di depan chalet penginapan.

Setiap pelancong Eropah akan teruja dengan nenas.

bershopping di bazar Ramadhan.

Membeli juadah makan malam di bazar Ramadhan.

Dinner selepas terawikh.

Melawat kebun mangga Harum Manis Cikgu Non di Mata Ayer.

Merasai mangga Harum Manis buat kali pertama. Berjaya mengejutkan Seraphim dengan kemanisannya, "it's like honey!"

Membeli belah di Nat Pokok Getah.

Meronda kampung

Pengalaman mengait buat kelapa.

Sudah bersedia dengan jug.

Sudah dapat 2 biji kelapa muda.

Wednesday, February 21, 2024

D'Kenduri House - makan tengah hari ala kenduri dulu-dulu

Restoren D'Kenduri House, Jalan Mata Ayer- Beseri dibuka dari jam 11 sehingga 3 petang. Ia menyajikan juadah makan tengah hari dengan pelbagai lauk berkonsepkan masakan kampung. Antara yang pengunjung boleh cuba, sayur Jeruk Maman, Asam pedas/ singgang ikan puyu, kari rebung, kurma (masak putih) daging dan lain-lain lagi. Klik sini untuk lokasi

D'Kenduri House dalam portal berita lain, klik

MENGINAP DI PERLIS DAN RASAI MASAKAN KAMPUNG (klik)


Ruangan untuk selfie


Tempat parkir yang mudah dan luas.

Suasana tempat makan yang tenang dan dinaungi pokok 'pukul lima'.

Hiasan lapik meja menggunakan kain batik.

Sayur Jeruk Maman

Barisan lauk pauk menanti pengunjung.



Singgang ikan puyu yang dikail dari sawah bendang berdekatan.

Masak asam ikan haruan, juga dikail dari sawah berdekatan.

Kari daging dan rebung, sangat menyelerakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...